Harapan Masa Depan Hinokitiol

Bermula pada tahun 2000-an, penyelidik mula mengiktiraf bahawa Hinokitiol mempunyai nilai dalam bidang farmaseutikal, terutamanya untuk mencegah bakteria Chlamydia trachomatis.

Ahli kimia Martin Burke dan rakan-rakannya di University of Illinois di Urbana–Champaign dan institusi-institusi lainnya telah menemui penggunaan perubatan yang signifikan pada Hinokitiol. Matlamat Burke adalah untuk mengatasi pengangkutan zat besi yang tidak sekata dalam haiwan. Ketidakcukupan beberapa jenis protein boleh mendorong kepada kekurangan zat besi dalam sel-sel badan (anemia) atau kesan berlawanannya, Hemochromatosis.[55] Menggunakan kultur yis yang dikurangkan gen-nya sebagai pengganti, para pengkaji memeriksa sekumpulan kecil biomolekul untuk mencari tanda-tanda pengangkutan zat besi dan dengan itu, menghasilkan pertumbuhan sel. Hinokitiol muncul sebagai bahan yang memulihkan fungsi sel. Kajian selanjutnya oleh kumpulan tersebut membuktikan mekanisme yang mana Hinokitiol memulihkan atau mengurangkan zat besi pada sel.[56] Mereka kemudiannya menukar subjek kajian mereka ke atas mamalia dan mendapati bahawa apabila tikus yang telah direkayasakan agar kekurangan “protein zat besi” diberi makan Hinokitiol, tikus tersebut mendapat semula kandungan zat besi dalam perutnya. Dalam kajian yang hampir serupa pada ikan zebra, molekul tersebut memulihkan penghasilan Hemoglobin.[57] Sebuah ulasan ke atas hasil kerja Burke et al. nama panggilan Hinokitiol - “Molekul Iron Man”. Ini sangat sesuai/ironik kerana nama pertama Nozoe, orang yang menemui Hinokitiol boleh diterjemahkan ke Bahasa Inggeris sebagai “iron man”.

Penyelidikan signifikan juga telah dijalankan ke atas penggunaan Hinokitiol secara oral disebabkan pemintaan yang tinggi terhadap produk penjagaan mulut berasaskan Hinokitiol. Salah satu kajian yang menggabungkan 8 institusi berbeza di Jepun, bertajuk: "Aktiviti Antibakteria oleh Hinokitiol Melawan Bakteria Yang Tahan Antibiotik dan Terdedah Kepada Patogen Yang Mendominasi Di Dalam Rongga Mulut dan Saluran Pernafasan Atas” membuat kesimpulan bahawa "Hinokitiol menunjukkan terdapat aktiviti antibakteria yang melawan bakteria patogenik berspektrum luas dan mempunyai kadar sitotoksik yang rendah kepada sel epitelium manusia."[58]

Rujukan

WikiPedia: Hinokitiol http://www.chemspider.com/Chemical-Structure.3485.... http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/0... http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S... http://www.sigmaaldrich.com/catalog/ProductDetail.... //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/19483786 http://www.commonchemistry.org/ChemicalDetail.aspx... //doi.org/10.1139%2FW08-161 http://www.ewg.org/skindeep/ingredients/702859-HIN... https://www.astivita.com.au/ https://www.asx.com.au/asxpdf/20200520/pdf/44hzh0v...